Terma & Syarat
Kelayakan Peserta
1.1 Peserta mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
1.2 Peserta perlu mempunyai kelayakan minimum SPM / SKM Tahap 3 atau pengalaman kerja relevan dalam bidang berkaitan.
1.3 Peserta perlu mempunyai kemahiran literasi asas - membaca, menulis dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
1.4 Pihak penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya peserta tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Pendaftaran Kursus
2.1 Pendaftaran hanya sah selepas peserta melengkapkan borang pendaftaran rasmi dan membuat pembayaran deposit minimum seperti ditetapkan.
2.2 Yuran penuh hendaklah dijelaskan sebelum tarikh penilaian akhir. Peserta yang gagal menjelaskan baki yuran tidak dibenarkan mengambil penilaian akhir.
2.3 Semua pembayaran hendaklah dibuat melalui akaun rasmi yang dimaklumkan oleh pihak penganjur. Bukti pembayaran perlu dikemukakan.
2.4 Semua yuran yang telah dibayar adalah tidak boleh dikembalikan. Walau bagaimanapun, pemindahan penyertaan kepada peserta lain adalah dibenarkan dengan notis bertulis sekurang-kurangnya 7 hari sebelum kursus bermula.
Penafian & Penguatkuasaan
3.1 Terma dan syarat ini berkuat kuasa sebaik sahaja peserta melengkapkan pendaftaran dan membuat pembayaran deposit.
3.2 Pihak penganjur berhak membuat pindaan kepada terma dan syarat ini dari semasa ke semasa, selaras dengan keperluan JPK atau pihak berkuasa berkaitan.
3.3 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan, kerosakan, kemalangan atau kecederaan yang dialami oleh peserta sepanjang tempoh kursus.
3.4 Peserta hadir ke kursus atas risiko sendiri dan digalakkan mengambil langkah keselamatan sewajarnya.
3.5 Segala maklumat berhubung kursus, termasuk jadual, modul, lokasi atau tenaga pengajar adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal, bergantung kepada keperluan semasa.
